Monday, 20 November 2017

Filled Under:

Korg Nampak Tak Apa Yg Aku Nampak... Cuba Tgk Dgn Mata Kasar.." Semasa Majlis Potong Kek Izara Dan Adid Pisau Patah Dalam Bulatan Merah Tu

Korg Nampak Tak Apa Yg Aku Nampak... Cuba Tgk Dgn Mata Kasar.." Semasa Majlis Potong Kek Izara Dan Adid Pisau Patah Dalam Bulatan Merah Tu

SAMA cantik, sama padan. Bak merpati dua sejoli apabila melihat pasangan pengantin baru, Izara Aishah dan Adib Khalid di atas pelamin indah berwarna putih.
Kalau dah cantik, pakai apa sahaja pasti akan memukau setiap mata yang memandang. Izara tampak serba ringkas dengan busana panjang persis seorang puteri raja, hasil sentuhan magis pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Majlis persandingan malam tadi telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan diserikan lagi dengan kehadiran kaum keluarga masing-masing.

Turut kelihatan ramai selebriti tanah air seperi Neelofa, Johan, Ozlyn, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Farah Nabilah selaku pengapit dan ramai lagi.

Busana Izara kali ini mendapat banyak pujian daripada para tetamu dan orang ramai yang terpukau dengan kecantikan gadis kelahiran Johor Baharu itu.


Ringkas tetapi tetap menyerlah dengan busana putih dengan kerawang berwarna silverdi bahu, ditambah pula dengan mahkota dikepala. Izara telah berjaya ‘menyihir’ setiap mata yang memandangnya.

Dalam kemeriahan majlis persandingan yang serba mewah tu, rupanya ada sesuatu yang terjadi disebaliknya.

Rupa-rupanya ketika sesi memotong kek, pisau kek yang digunakan itu telah patah! Alamak, macam mana boleh patah pula ni?

Satu video telah tular yang mana menunjukkan wajah cuak Izara dan Adib apabila kek yang dipotong itu agak keras, sehingga pemegangnya patah!


Ramai yang memuji adegan spontan kedua-dua pasangan ini apabila mereka saling berpandangan sejurus pemegang pisau itu patah.

Namun mereka masih mampu menyembunyikan perasaan terkejut itu apabila Izara dengan selamba menunjukkan pemegang pisau tersebut kepada para tetamu.

Tapi apa pun, ianya tak menjadi satu masalah langsung kerana berkemungkinan lapisan kek yang dipotong itu agak keras sedikit.

Bagaimanapun, keseluruhan majlis tampak sangat sempurna dengan melihat kecantikan serta kekacakan kedua mempelai yang bagaikan pasangan diraja.

Semoga masjid yang dibina itu mendapat keberkatan-Nya dan sentiasa berada dibawah rahmat Yang Maha Esa.




0 comments:

Post a Comment