Kota Bharu: Berhenti berkata tudung ialah perintah dari Tuhan, tegas Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid.
Beliau yang juga pengasas Kelab Warisan Wibawa juga menyenaraikan pelbagai kebaikan apabila tidak memakai tudung yang dinikmatinya disamping mendakwa bahawa hukum ‘awrat’ bagi wanita adalah hanya di bahagian sulit sahaja, tidak sepertimana yang difahami oleh orang ramai.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Elin berkata, “Apabila kamu baca Quran surah 24:30 dan 31, kamu faham mesej itu dengan jelas.”
“Kita disuruh untuk menjaga furuj atau kemaluan atau kesucian kita dan untuk menutupi ketelanjangan kita.
Jadi saya tidak faham mengapa mereka menyuruh saya untuk menutup rambut atau kepala saya?”
“Di mana logik Tuhan?
Gunakan logik kamu.” “Tuhan beritahu banyak mesej dan kita boleh nilai asbab al nuzul atau sebab disebalik penurunan wahyu.
Tetapi tidak ada keperluan atau perintah untuk kaum wanita supaya ‘warped up’.”
“Jadi berhenti dari mengatakan tudung kepala ialah perintah Tuhan.”
“Zaman dulu tak ada pun orang tutup kepala dan tutup lingkup. Zaman dulu nak mandi sungai buka baju tepi sungai.
Tak ada tandas pun dalam rumah. Nak berak pun di luar sahaja,” tegas beliau.
Wanita yang pernah mendakwa golongan wanita Melayu didiskriminasi kerana tidak boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki ketika bersolat jemaah itu menyenaraikan beberapa kelebihan yang dinikmatinya kerana tidak bertudung, termasuklah dari aspek gaya dan kos.
Nik Elin berkata, “Tudung harganya ada sampai beribu ringgit. Tak mampu nak beli tudung. Tak pakai tudung maknya saya tak perlu fikir nak match dengan warna baju atau busana saya.”
“Tak pakai tudung maknanya rambut tak busuk oleh peluh. Syampu sekali semingu okay. Tak pakai tudung makna kurang beli syampu sebab rambut tak hapak.”
“Tak pakai tudung makna nya rambut bebas digayakan sebagaimana nak. Pendengaran saya juga lebih jelas,” jelasnya lagi.
Meskipun beliau berpendapat ‘awrat’ wanita hanyalah di kemaluannya sahaja, namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah berpakaian secara sopan.
Nik Elin berkata, “Awrat hanyalah kemaluan sahaja. Apa yang bukan ‘azzahara’.”
“’Pakaian’ dan ‘Awrat’ bukan sama.”
“Sebagai Muslim kita patut berpakaian secara sopan,” jelas beliau.
0 comments:
Post a Comment