Semakin Melampau!! 23 Ditahan Kerana Melakukan Sex Terbuka Di Pulau Redang.. Seorang Wanita Sanggup Bersama Tiga Orang Lelaki Kerana Alat Sulit. .
KUALA TERENGGANU – Pasangan muda didapati menjadikan pulau-pulau di negeri ini untuk melakukan maksiat.
Dalam serbuan di Pulau Redang pada Jumaat malam hingga pagi Sabtu lalu, turut didapati seorang wanita sanggup berada bersama tiga orang lelaki di dalam sebuah bilik.
Serbuan itu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) menahan 23 orang individu, 13 orang daripadanya lelaki dan selebihnya wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 39 tahun.
Pihak media yang turut mengikuti operasi tersebut mendapati mereka mendakwa mereka merupakan pasangan yang sedang bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Ada juga mendakwa mereka merupakan adik beradik, namun menukar pengakuan apabila kad pengenalan mereka diperiksa.
Daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 21 orang bakal didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dan dua orang lagi di bawah Seksyen 34 enakmen yang sama kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim memberitahu Bernama JHEAT akan sentiasa melakukan pemantauan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam di pulau-pulau di Terengganu dari semasa ke semasa.
“Jangan cuba jadikan pulau-pulau di Terengganu sebagai lokasi untuk golongan muda melakukan maksiat bagi mengelakkan diri daripada dicekup oleh pihak berkuasa. Tindakan sedemikian hanya akan memburukkan imej pulau di Terengganu,” katanya.
Beliau turut menyeru supaya ibu bapa mengawasi dan memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak mereka agar tidak sewenang-wenangnya pergi ke pulau-pulau bersama-sama rakan yang bukan muhrim yang mampu mendorong berlakunya perkara menyalahi undang-undang Syariah.- Bernama

How to make a casino deposit - Jackson County Chamber of
ReplyDeleteHow to make a casino deposit. A deposit is an amount of funds that 강릉 출장샵 you are willing to place at 파주 출장마사지 a casino and can be used 전라남도 출장마사지 to make 인천광역 출장마사지 some 충청북도 출장샵 wagers. In some casinos