Dalam pada itu, penduduk-penduduk di sekitar pusat tahfiz berkenaan menyatakan memang menjadi kebiasaan remaja-remaja berpeleseran di Taman Tasik Dato’ Keramat tersebut.
Ada juga penduduk yang mendakwa mengenali wajah mereka berdasarkan gambar-gambar yang tular pada Sabtu lalu.
“Mereka yang ditangkap merupakan penduduk sekitar sini. Saya telah melihat mereka menunggang motosikal berkali-kali di sini.
“Dari apa yang kami (penduduk) faham, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing yang telah tinggal di Dato Keramat. Mereka dilahirkan di sini tetapi tidak bersekolah,” kata seorang lelaki berusia 40-an.
Seorang lagi penduduk wanita berusia 60-an memberitahu yang kawasan tasik itu memang menjadi tempat berpeleseran budak-budak nakal, budak yang menghisap rokok dan mungkin tempat untuk mengambil dadah.
“Perkara itu sudah bertahun terjadi di kawasan tasik berkenaan. Kadang-kala boleh nampak sekumpulan budak-budak yang berkeliaran di sekitar tasik,” katanya.
Wanita itu turut mendakwa yang kadar jenayah di kawasan itu turut meningkat terutama sekali melibatkan kes kecurian dan pecah rumah.
Terdahulu, pihak polis telah berjaya menangkap ketujuh-tujuh suspek di antara pukul 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari beberapa lokasi berbeza di sekitar Dato’ Keramat.
Blog murahan. Ketika negara sedang berduka. Blogger tularkan 'quote' yang tidak pernah wujud.
ReplyDeletebodoh betul tajuk dengan isi takde kene mengena..
ReplyDelete