Wednesday, 27 September 2017

TERKINI: HABISLAH, AKIBAT JADI ANAK DERHAKA, KINI BUDAK INI TERIMA HUKUMAN YANG SETIMPAL !!. ALLAH BAYAR CASH !!


Susulan kejadian seorang anak memukul ibunya demi mendapatkan wang, bapa remaja terbabit tampil membuat laporan polis. Malah, individu yang menyebarkan video itu juga telah meminta maaf dan memadamkan video itu dari akaun Facebooknya.
KUALA LUMPUR: Remaja lelaki 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam dipercayai kerana mahukan wang, disahkan bebas daripada pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata ujian air kencing dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Beliau berkata rakaman remaja berkenaan memukul ibunya dirakam adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.
KITA digemparkan dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat, malah memanggil ibunya dengan perkataan kau, remaja terbabit tergamak bertindak sedemikian kerana wang.
“Sakit lah bang long,sakit lah…’ rayu ibunya tatkala dipukul.
 Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya.
Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk ‘tumbuk muka nenek’ bagi membela si ibu.
Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.
Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
“Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.
“Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
“Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri,” katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.
Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.
“Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku,” katanya dalam komen itu.
Bagaimanapun, Harian Metro yang cuba mendapatkan individu itu melalui pesanan peribadi tidak menerima sebarang reaksi.
Terdahulu, Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.
Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.
“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.
Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang hari ini sehingga menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Harian Metro



Tuesday, 26 September 2017

TERKINI: DATO BOY IMAN SAHKAN TIDAK BERSALAH DAN TIADA BUKTI KESALAHAN.

dbi properties boy iman
Nama Boy Iman memang cukup panas dan sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Malahan video Yusoff Azmi iaitu Pengerusi PPIM bertemu meminta penjelasan daripada Boy Iman juga sudah menjadi tular di Facebook. PPIM kini sedang dalam proses siasatan dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pihak polis tidak lama lagi. Namun, Datuk Boy Iman tetap menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku di dalam syarikat DBI Properties yang membina rumah kos rendah.
dbi properties boy iman
Malah Boy Iman juga turut mencabar mana-mana pihak yang tertipu agar membuat laporan polis. Boy Iman juga turut menerangkan mengapa dia menyertai NGO Angkatan Perpaduan Islam dan memegang gelaran Paduka Ayahanda di dalam persatuan tersebut. Kata Boy Iman:-
Tiada bukti saya lakukan kesalahan. Pergilah buat laporan polis kalau betul saya menipu. Ini adalah fitnah semata-mata. Saya buat cara yang betul kerana ikhlas nak cari makan. Ibu saya juga terpengaruh dengan kekecohan yang timbul dan menyuruh saya pulangkan wang, tapi bukan saya yang terbabit dengan isu itu.
Saya menjadi ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggunakan konsep berbaiah ini sejak berusia 23 tahun lagi. Apa yang dilakukan bertujuan mengangkat dan membela agama, bangsa dan negara.
Tujuan saya lebih kepada membawa kebajikan dan membangunkan ekonomi dalam kalangan umat Islam. Menolong orang bina rumah dengan kos rendah antara matlamat saya.
Saya tidak tahu apa tujuan pihak itu menyebarkan berita ini. Seperti dikatakan, saya adalah ahli korporat dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan syarikat saya.
Saya alu-alukan sesiapa yang nak menyemak nama syarikat saya atau nama saya di balai polis sama ada pernah ada laporan berkaitan saya menganiaya orang atau menipu wang orang

Tinggi sungguh keyakinan Datuk Boy Iman. Kata orang, kalau yakin macam ini, memang berada di pihak yang benar. Apa-apa pun siasatan sedang dijalankan oleh PPIM. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Sumber Harian Metro.


Monday, 25 September 2017

TERKINI: "HUKUMAN MATI UNTUK SEMUA SUSPEK" . MUKTAMAD!!


KUALA LUMPUR - Saya berharap semua suspek itu diberi hukuman setimpal. Hukuman mati sebagai pengajaran kepada yang lain," kata ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu.

Hermayani Normatias, 38, ibu kepada mangsa, Indrakurniawan Mohd Amirul, 11, antara tiga yang masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Beliau berkata, tanpa hukuman setimpal dibimbangi suspek akan mengulangi kesalahan sama atau lebih teruk.

"Saya dimaklumkan dua suspek mempunyai kes lampau tetapi dibebaskan. Sekarang dia terbabit dalam kejadian meragut nyawa 23 orang lain.Tiada jaminan untuk mereka berubah.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat apa yang mempengaruhi kanak-kanak dan remaja berkenaan kerana perbuatan mereka seolah-olah dipengaruhi pengganas atau ekstremis.

"Jika ini dilakukan kumpulan ekstremis mungkin tidak mengejutkan tetapi ia dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkembangan anak sulung daripada tiga beradik itu, beliau berkata keadaan anaknya melecur di belakang sampai pinggul kira-kira 23 peratus, melecur di kedua-dua belah tangan, sebelah kakinya patah dan tidak sedarkan diri akibat ubat sedatif.

"Dia terjun keluar tingkap ketika kejadian itu dan diselamatkan jiran," katanya.

Katanya, dia belum pasti sama ada mahu anaknya meneruskan pengajian di situ atau sebaliknya. - Apakes


"Pagi tadi, dia langsung tidak bangun, dan......." . Amin ya Rabbalalamin...Mahadzir Lokman kini .....

Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.

 Adiknya, Danial Lokman, berkata sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, dua hari lalu, keadaan abangnya tidak stabil.

 "Abang ada penyakit darah tinggi dan diabetis sejak dulu. Selepas pulang dari Jakarta dua hari lalu, keadaannya kurang stabil, dia ada mengadu sakit kepala. 

 "Pagi tadi, dia langsung tidak bangun, dan kami terus memanggil ambulans. Sekarang abang koma dan berada pada tahap kritikal di ICU. 

 "Doktor beritahu, paru-parunya dijangkiti kuman," katanya kepada BH Online.

 Sehubungan itu, Danial memohon kepada semua rakan abangnya untuk mendoakan kesihatannya.

 Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

 Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

 Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

 Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.[BH Online]


"Alhamdulillah, Rezeki Tuhan Nak Bagi, Ada Hotel, Ada Kedai Emas, Dh jd Jutawan Melayu Terbaru" Kekayaan Melampau Dato Boy Iman yg buat ramai Orang Melayu Cemburu.

Kelihatan serba biru yang digelar DBIRIANS, selain Dato Boy Iman, antara tunjang utama DBI Technology adalah bekas isteri Akhil HayyMaizawati ZainalAesar Musafa dan Dato’ Nassier Wahab yang juga merupakan duta bagi DBI Technology.







Thursday, 21 September 2017

Nak Sangat Jadi Taylor Swift Kan. Nah , Sekarang ni, Terpaksa Terima AKIBATNYA.... Semoga Menjadi Pengajaran..

Dikecam baru-baru ini kerana berbaring di dalam bathtub yang penuh dengan timbuna duit, Datuk Seri Vida inginkan video klip “I Am Me” mencapai taraf penyanyi antarabangsa seperti Taylor Swift. Untuk makluman, kos perbelanjaan membuat video klip ini mencecah RM1 juta. Ia memang satu angka  yang cukup mengkagumkan. Abang Nara rasa tak sabar pula hendak melihat hasil akhir video klip ini. Confirm meletup punya.
vida
Apa yang menyebabkan harga pembikinan klip itu mencecah angka RM1 juta juga, katanya, dilaburkan dalam pembelian barangan kemas yang ditempah khas semata-mata untuk dipakai dalam klip video arahan pengarah ternama, Ghaz Abu Bakar. Sementara itu kos produksi pembikinan klip video tersebut menelan belanja RM180,000 dan kos peralatan pula mencecah RM100,000. Kata Datuk Seri Vida:-
Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Se­nang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terke­sima juga saya dengan komen-komen mereka itu.
Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham de­ngan konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.
Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya.
Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa.
vida
Semoga video klip “I Am Me” ini akan menjadi viral dan mendapat jutaan tontonan daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Pastinya hasil yang akan dipampangkan adalah berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Vida. Sama-sama kita nantikan


Wednesday, 20 September 2017

LIVE: "TOLONG LA BAGI BALIK RM50 RIBU MAKCIK, HABIS DUIT PENCEN MAK CIK HAMPA TIPU" . Sedih Tengok Wajah Makcik DITIPU Hidup-hidup oleh Skim Rumah BOY IMAN. Ada keluarga Anda Ditipu lagi camni? Tolong Viralkan, Siapa yg Pernah Beli rumah DBI Boy Iman ini,mohon tampil bantu PPIM selesaikan Kes ni.



TERKINI : GURU WANITA HAMPIR M.... DIHENTAK BATU OLEH PELAJAR DI DALAM SURAU... ..Keadaan Terkini Guru tersebut sangat Menyedihkan.

GURU wanita sekolah rendah di Lahad Datu menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu, kelmarin.
Pada kejadian 1.50 tengah hari itu, suspek, pelajar lelaki, 13, dikatakan bertindak demikian ketika mahu mencuri duit milik guru wanita, 23, itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, ketika kejadian, guru terbabit sedang solat Zohor di surau sekolah tempatnya mengajar.


"Ketika tahiyat akhir... suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri.
"Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.
"Suspek kini direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.
"Guru wanita yang menerima 17 jahitan bagaimanapun dilaporkan stabil," katanya.
Difahamkan, sekolah rendah itu terletak berhampiran dengan sekolah menengah.


" TANGKAP PENGETUA, HARAMKAN SEKOLAH TAHFIZ " .....

KUALA LUMPUR – Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah yang terbakar mengorbankan 23 orang pelajar dan tenaga pengajar minggu lalu perlu ditangkap, kata Tbekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
“Pengetua Pusat Tahifiz yang terbakar patut ditangkap kerana tak patuh arahan (peraturan keselamatan) DBKL dan BOMBA,” kata beliau menerusi akaun twitter pada 14 September lalu.
Menerusi kenyataan lain sejam sebelumnya, Zainuddin turut membidas Pengetua sekolah tahfiz itu iaitu Muhammad Zahid Mahmod yang menyifatkan pelajar dan guru yang maut dalam kebakaran itu sebagai mati syahid.
“Mudahnya Pengetua Tahfiz Darul Quran Muhammad Zahid fatwakan Syahid kematian terbakar 22 pelajarnya.
“Nanti difatwa pula dirinya tak berdosa,” katanya sinis.

Terdahulu, Zainuddin yang giat menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mempolitikkan kebakaran tersebut dengan lawatan kerja Perdana Menteri  ke Amerika Syarikat (AS).
“25 pelajar tahfiz Keramat Hujung Datuk Keramat mati terbakar pagi ini. Berita ini tenggelamkan berita kejayaan Najib jumpa President Trump,” katanya.
Menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan kaitan lawatan Najib ke AS dengan kebakaran tersebut, Zainuddin mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kelalaian kerajaan.
“Mana boleh tak ada hubungan. Tragedi besar di negaranya kerana kelalaian pemerintahannya,” kata Zainuddin.
Sementara itu hasil siasatan pihak polis dan bomba mengesahkan kebakaran sekolah tahfiz itu kerana tindakan khianat sekumpulan remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz sekolah berkenaan.
Tujuh suspek yang disyaki terlibat dalam insiden itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Zainuddin yang juga merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik Kementerian Pendidikan yang didakwa tidak memandang serius cadangannya supaya diharamkan sekolah tahfiz.

“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya,” ujarnya.
April lalu, Zainuddin turut mengajukan cadangan serupa apabila menggesa sekolah tahfiz digantung atau ditutup susulan kematian seorang pelajar yang disyaki didera di sebuah sekolah tahfiz di Johor. – SuaraTV


Tuesday, 19 September 2017

" Saya Tak Tahu BIGO LIVE Tu Apa" Siapa yg Waras Tayang Body RANUM Tunjuk Satu Dunia .

Boleh naik pening juga bila memikirkan siapakah gerangan di sebalik video aksi seksi melalui aplikasi Bigo Live yang membuatkan nama Fathia Latiff turut terpalit. Video yang turut tersebar itu juga turut ‘dibintangi’ oleh pelakon baru, Natasha Elyzza.
Namun sehingga hari ini, Natasha bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah Fathia dan baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.
Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).

Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.
“Itu memang saya. Saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”
“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.
Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.
Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan. Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.


Monday, 18 September 2017

" KAMI TAK MENYESAL BUNUH TAHFIZ, DAN KAMI TAKKAN MINTA MAAF"


Dalam pada itu, penduduk-penduduk di sekitar pusat tahfiz berkenaan menyatakan memang menjadi kebiasaan remaja-remaja berpeleseran di Taman Tasik Dato’ Keramat tersebut.
Ada juga penduduk yang mendakwa mengenali wajah mereka berdasarkan gambar-gambar yang tular pada Sabtu lalu.
“Mereka yang ditangkap merupakan penduduk sekitar sini. Saya telah melihat mereka menunggang motosikal berkali-kali di sini.
“Dari apa yang kami (penduduk) faham, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing yang telah tinggal di Dato Keramat. Mereka dilahirkan di sini tetapi tidak bersekolah,” kata seorang lelaki berusia 40-an.
Seorang lagi penduduk wanita berusia 60-an memberitahu yang kawasan tasik itu memang menjadi tempat berpeleseran budak-budak nakal, budak yang menghisap rokok dan mungkin tempat untuk mengambil dadah.
“Perkara itu sudah bertahun terjadi di kawasan tasik berkenaan. Kadang-kala boleh nampak sekumpulan budak-budak yang berkeliaran di sekitar tasik,” katanya.
Wanita itu turut mendakwa yang kadar jenayah di kawasan itu turut meningkat terutama sekali melibatkan kes kecurian dan pecah rumah.
Terdahulu, pihak polis telah berjaya menangkap ketujuh-tujuh suspek di antara pukul 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari beberapa lokasi berbeza di sekitar Dato’ Keramat.


TERKINI: " Mereka tu Bukan setakat Hisap Dadah je, Lebih Teruk Mereka ni Hisap..........."


KUALA LUMPUR – Rata-rata penduduk di sekitar Jalan Keramat Hujung di sini mengenali ketujuh-tujuh remaja digelar Geng Budak Jahat Keramat yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga meragut nyawa 21 pelajar dan dua gurunya pada Khamis lalu.









Kereta lama di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Datuk Keramat turut menjadi lokasi melepas gian tujuh remaja ditahan.

Penduduk sekitar memang mengelar kumpulan remaja lelaki itu sebagai Geng Budak Jahat Keramat ekoran sikap mereka yang gemar melepak hampir setiap malam di Taman Tasik Datuk Keramat untuk merokok, menghidu gam dan membuat bising ikut suka hati.

Kedudukan Taman Tasik Datuk Keramat dan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira 50 meter.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Izwani berkata, dia dan penduduk lain terkejut apabila wajah ketujuh-tujuh remaja yang ditahan polis dan tular di laman sosial itu merupakan individu dikenali mereka dengan gelaran Geng Budak Jahat Keramat.

Rata-rata penduduk sekitar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur tidak mengenali tujuh suspek yang didakwa bertindak membakar tahfiz itu.
Menurut AJK Madrasah Ittifaqiyah Norhidayati Ali Fauzi, beliau yang menetap di kampung itu sejak sekian lama tidak mengenali suspek malah tidak pernah tahu insiden ejek mengejek antara dua kumpulan itu.
“Saya tak kenal budak-budak ini, mereka ini bukan budak kampung ini dan saya rasa mungkin dari kampung lain yang suka melepak disini.
“Saya tak pernah dengar dan tahu mengenai ejek mengejek antara budak tahfiz dan budak-budak luar itu, saya rapat dengan budak-budak tahfiz ini kerana mereka selalu di surau bersama saya,” katanya kepada Malaysiakini.
Norhidayati yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian berkata, terdapat banyak remaja dalam yang suka berpeleseran di tasik berdekatan dengan pusat tahfiz itu.
Katanya, remaja-remaja itu suka mengacau dan membuat bising sehingga jam 4 pagi.
“Budak-budak ini kalau ditegur mereka akan kacau kita balik. Jadi oleh kerana saya tidak mahu diapa-apakan saya tidak menegur mereka sebaliknya saya ingatkan anak buah saya supaya tidak berkawan dengan kumpulan itu.
“Saya dah pesan pada anak-anak buah saya supaya jangan dekati kumpulan remaja yang suka melepak,” katanya.
Bagi Norhayati Abdul Halim, 46 yang tinggal berhadapan tahfiz itu juga tidak mengenali suspek serta tidak tahu mengenai pergaduhan antara kumpulan remaja dan pelajar tahfiz.
“Saya tak pernah kenal mereka, tak pernah lihat mereka disini dan saya yakin mereka budak kampung lain,” katanya.
Norhayati yang kesal dengan kejadian itu juga berharap semua pihak terutamanya ibu bapa memantau tingkah laku anak-anak mereka.
Hari ini masuk hari keempat kejadian kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden yang juga pengajar di pusat berkenaan.
Berdasarkan tinjauan Malaysiakini, kawasan sekitar pusat tahfiz berkenaan seakan-akan “tapak pasar malam” kerana dikunjungi ramai orang.
Malah ada di antara peniaga dilihat mengambil kesempatan daripada kehadiran orang ramai dengan membuka gerai jualan.
Tidak kurang juga yang datang sekadar untuk berswafoto atau membuat laporan secara “live” di Facebook masing-masing.
Turut kelihatan pihak tahfiz membuka meja bagi mengutip derma daripada orang ramai.



Sunday, 17 September 2017

TERKINI: " HUKUMAN MATI UNTUK MEREKA YG BAKAR PUSAT TAHFIZ " MUKTAMAD.

KUALA LUMPUR - Saya berharap semua suspek itu diberi hukuman setimpal. Hukuman mati sebagai pengajaran kepada yang lain," kata ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu.

Hermayani Normatias, 38, ibu kepada mangsa, Indrakurniawan Mohd Amirul, 11, antara tiga yang masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Beliau berkata, tanpa hukuman setimpal dibimbangi suspek akan mengulangi kesalahan sama atau lebih teruk.

"Saya dimaklumkan dua suspek mempunyai kes lampau tetapi dibebaskan. Sekarang dia terbabit dalam kejadian meragut nyawa 23 orang lain.Tiada jaminan untuk mereka berubah.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat apa yang mempengaruhi kanak-kanak dan remaja berkenaan kerana perbuatan mereka seolah-olah dipengaruhi pengganas atau ekstremis.

"Jika ini dilakukan kumpulan ekstremis mungkin tidak mengejutkan tetapi ia dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkembangan anak sulung daripada tiga beradik itu, beliau berkata keadaan anaknya melecur di belakang sampai pinggul kira-kira 23 peratus, melecur di kedua-dua belah tangan, sebelah kakinya patah dan tidak sedarkan diri akibat ubat sedatif.

"Dia terjun keluar tingkap ketika kejadian itu dan diselamatkan jiran," katanya.

Katanya, dia belum pasti sama ada mahu anaknya meneruskan pengajian di situ atau sebaliknya. - Apakes


LIVE: AMARAN TERAKAHIR PENGETUA TAHFIZ UNTUK ARTIS-ARTIS YG SELALU KUTUK PUSAT TAHFIZ. Memang Pedas yg no 3 tu. Siapa makan cili, rasa pedasnya. anda pun tahu artisnya kan.

MESKIPUN sudah empat hari berlalu, namun tragedi ngeri yang melanda Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih terkesan di hati netizen.

Kejadian itu merupakan insiden kebakaran membabitkan sekolah tahfiz terburuk yang dicatatkan tahun ini dan kedua terburuk dalam sejarah selepas kejadian Pondok Pak Ya pada tahun 1989.
Yang lebih menyedihkan lagi ialah punca kebakaran tersebut berakar umbi daripada ejek- mengejek yang bertukar menjadi dendam kesumat.
"Tiada terima laporan kerana kita memang hanya dua kali seminggu akan beriadah di padang untuk riadah, Isnin dan Rabu sahaja, dan akan dipantau oleh tiga atau empat orang ustaz," katanya.
Dalam sidang media semalam, polis berkata penangkapan suspek menandakan kes itu sudah diselesaikan.
Dalam kejadian awal pagi 14 September itu, 21 pelajar dan dua warden meninggal dunia apabila sebahagian daripada bangunan 3 tingkat pusat tahfiz itu terbakar.
Susulan tertangkapnya tujuh suspek yang didakwa menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pengetuanya Mohd Zahid Mahmood meminta semua pihak agar berhenti menyalahkan institusi tahfiz.
Beliau berkata, semua pihak sepatutnya menunggu pihak berkuasa menjalankan siasatan penuh sebelum mengulas sesuatu perkara.
“Masyarakat jangan mudah menuduh dan menuding jari kepada institusi tahfiz, kononnya tahfiz ini memang banyak salah dan kekurangan.
“Saya meminta netizen dan masyarakat, dalam institusi tahfiz ini jika berlaku apa-apa kes tunggu siasatan pihak berwajib dulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat tahfiz itu hari ini.
Pada sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran yang menggemparkan seluruh negara itu.
Polis berkata motif kebakaran adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz dan suspek.
Mengulas perkara itu, Zahid berkata pertelagahan seperti itu tidak seharusnya mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kematian.
“Kita dahulu pun pernah merasai ejek mengejek, berbalah. Itu lumrah kanak-kanak. Saya tak anggap ia benda besar sehingga menyebabkan kematian,” katanya dengan nada kesal.
Beliau bagaimanapun berkata tidak pernah tahu tentang pertengkaran atau insiden pertelagahan antara pelajarnya dengan suspek.
Terkejut perkara tersebut boleh berlaku dalam lingkungan masyarakat semuda si pesalah laku, Zahid tidak menyangka pergaduhan kecil boleh membawa ke perkara seserius ini.
“Bagi saya perkara itu (ejek-mengejek) lumrah kerana kita dahulu juga pernah menempuhi zaman kanak-kanak. Saya tidak sangka boleh jadi benda besar hingga jadi begini,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar.
Menurutnya lagi, dia sebagai pengetua tidak menerima sebarang aduan atau makluman daripada pelajar-pelajarnya sekiranya mereka pernah diugut oleh pihak luar terutama suspek sebelum kejadian itu berlaku.
“Tidak ada. Mereka semua tak pernah mengadu diugut kumpulan lelaki (suspek) itu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, menjadi kebiasaan semua pelajar pusat tahfiz tersebut beriadah di kawasan tasik berkenaan kerana jaraknya yang dekat dengan pusat tahfiz itu.
Bagaimanapun, riadah yang berlangsung pada setiap hari Isnin dan Rabu itu sentiasa dipantau oleh warden yang bertugas.
Ketujuh-tujuh suspek yang berusia dalam lingkungan 12 ke 18 tahun itu disyaki positif dadah jenis syabu dan ganja dan mengakui sedang dalam keadaan khayal semasa melakukan jenayah 14 September lalu. –  MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim